Usahawan kosmetik mahu bantu saman kes Thaqif

0
70



Usahawan kosmetik Safiey Ilias hari ini menawarkan bantuan untuk membiayai kos guaman keluarga Mohamad Thaqif Mohd Gaddafie, jika mereka mahu mengambil tindakan undang-undang.

“Saya nak biayai kes guaman saman adik Thaqif. Siapa tahu macam mana nak hubungi mak, ayah arwah? Tolong mesej saya.

“Saya akan bagi peguam terhebat untuk menguruskan kes,” tulisnya di dalam akaun Facebook miliknya.

Thaqif yang berhasrat menjadi tahfiz meninggal dunia pada petang semalam ketika sedang dalam rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru.

Thaqif, 11, seorang pelajar tahfiz yang dikatakan menjadi mangsa pukul pembantu warden di sebuah asrama madrasah persendirian.

Safiey atau nama sebenarnya Saifuddin Illias, 22, bagaimanapun berkata keputusan itu bergantung kepada penerimaan keluarga allahyarham.

“Saya dengar hari itu, mak, ayah dia nak ambil tindakan undang-undang kepada pihak terlibat, kalau tidak mahu pun, saya nak jumpa mak dan ayah dia. Jika sudi,” katanya.

Bagaimanapun, Safiey tidak mahu mengulas lanjut mengenai tawaran berkenaan.

“Saya pun terkejut atas berita kematian adik Thaqiq, takziah, al-Fatihah. Saya tidak mahu komen lebih-lebih, tetapi negara kita kan ada undang-undang,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here