USS Carl Vinson terus latihan dengan tentera laut Jepun

0
56


SEOUL: Tentera laut Amerika Syarikat (AS) mengumumkan kumpulan pesawat pengangkutnya mengadakan latihan bersama pasukan tentera laut Jepun di perairan negara itu ketika dalam perjalanan menuju ke Semenanjung Korea.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan semalam, pesawat milik Jepun mengadakan latihan bersama secara berterusan dengan unit udara USS Carl Vinson.

Ia termasuk, latihan udara dan perkongsian maklumat bagi mengukuhkan operasi bersama dan komunikasi antara kedua-dua pasukan tentera, susulan latihan selama dua hari di Laut Filipina, baru-baru ini.

Tentera laut berkata, kedua-dua latihan itu berjaya menunjukkan kemampuan kerjasama antara AS dan Jepun untuk bertindak pantas dalam menghadapi ancaman di wilayah itu.

Penghantaran USS Carl Vinson ke kawasan perairan berhampiran Semenanjung Korea bertujuan menunjukkan kekuatan negara itu, berikutan peningkatan program pembangunan senjata dan nuklear Korea Utara.

Kapal pengangkut itu dijadual mengadakan latihan bersama dengan tentera Korea Selatan. – AP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here