Ustaz inovatif

0
70



Serdang: Hasrat membantu mempercepatkan murid mengenali dan membaca huruf di dalam al-Quran menjadi idea seorang guru pendidikan Islam, Ahmad Kamil Othman, 30, mencipta aplikasi Tamhid Interaktif.

Dia yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau Sungai Besar Selangor, berkata aplikasi itu yang dibangunkan sejak Disember tahun lalu dan siap April lalu kini mula digunakan di sekolahnya.

“Kewujudan aplikasi ini membantu saya dalam pengajaran dan pembelajaran terutama menguasai kemahiran membaca al-Quran,” katanya ketika ditemui selepas sambutan Hari Guru 2017 peringkat Selangor di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), di sini, semalam.

Aplikasi dihasilkan anak kelahiran Sungai Besar itu mendapat pengiktirafan apabila dia diberi Anugerah Guru Inovatif Sekolah Rendah.

Selain Ahmad Kamil, guru Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sunway Selangor, Norelin Saman, 33, pula menerima anugerah sama untuk peringkat sekolah menengah kerana usahanya mencipta Miniature Perniagaan iaitu kaedah paparan visual khusus meningkatkan pemahaman dan ingatan pelajar dalam konsep asas mata pelajaran Prinsip Perakaunan.

Kedua-duanya menerima cek RM500 daripada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, RM300 daripada Bank Islam, sijil dan cenderamata yang disampaikan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar serta Pengarah Pendidikan Selangor, Mohd Salleh Mohd Kassim.

SHARE
Previous articleKerjasama dakwah
Next articleRai guru

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here