UTeM peneraju Akademi Internet of Things (IOT) Samsung

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM ) telah dipilih sebagai peneraju utama bagi penubuhan Akademi Internet of Things (IOT) dengan kerjasama Samsung. Ini menjadikan UTeM institusi pengajian tinggi (IPT) pertama di negara ini dan juga di rantau Asia untuk program sebegini.

[youtube src=”2Ki2XN5lpOA”][/youtube]

Kerjasama pintar antara UTeM dan Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd ini amat diharapkan dari pihak kementerian sendiri demi membangunkan industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di negara kita. Menteri Pendidikan 11, Datuk Seri Idris Jusoh menyambut baik segala bentuk kerjasama dari kedua dua pihak kerana bakal memberikan impak yang baik serta positif khususnya kepada pembangunan pendidikan dan industri.

“UTeM menjadi pilihan utama penubuhan Akademi IOT Samsung ini kerana ia merupakan Universiti teknikal terbaik di negara ini yang mendorong inovasi dan kemajuan teknologi secara berterusan,” katanya selepas merasmikan Akademi IOT Samsung di Kampus UTeM Ayer Keroh baru baru ini.

Menerusi akademi ini, pensyarah UTeM akan dilatih oleh pakar Samsung tentang modul dan sistem operasi yang akan dijalankan sebelum menyampaikan kepada pelajar-pelajar mereka.

Program Akademi ini tidak tertakluk kepada pelajar UTeM semata mata kerana program ini dikatakan akan melibatkan 1200 pelajar dari seluruh negara. Mereka ini akan menjadi kumpulan perintis IOT menerusi latihan latihan yang akan dijalankan. 

Leave a Comment