Van rempuh orang ramai di Barcelona, 13 maut

0
13

BARCELONA: Barcelona dikejutkan dengan satu serangan pengganas apabila sebuah van merempuh kawasan pejalan kaki dan membunuh 13 orang.

Serangan turut mencederakan 100 yang lain.

Serangan berlaku di Las Ramblas iaitu salah sebuah lokasi tumpuan pelancong.

Menurut pihak polis Catalan, orang ramai lari bertempiaran apabila sebuah van putih secara tiba-tiba merempuh kawasan pejalan kaki.

Pihak polis mengesyaki kejadian ada kaitan dengan serangan militan yang dirancang untuk membunuh seramai mungkin orang.

Dua orang ditahan setakat ini, namun siasatan awal mendapati kedua-duanya bukan pemandu van tersebut.

Menurut media tempatan Sepanyol, van tersebut disewa dengan pemandunya sudah melarikan diri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here