Vandalisme di makam De Gaulle timbul kemarahan

0
62


MAKAM wira perang Perancis dan bekas Presiden, Jeneral Charles de Gaulle. – Foto AFP

PARIS: Ahli politik Perancis marah dan kecewa selepas makam wira perang Perancis dan bekas Presiden, Jeneral Charles de Gaulle, menjadi mangsa perbuatan vandalisme.

Media Perancis melaporkan, polis kini memburu dua suspek dengan seorang daripadanya dirakam kamera keselamatan mematahkan salib pada kubur di Colombey-les-deux-Eglises, sebuah perkampungan di timur Perancis, kampung halaman dan tempat De Gaulle disemadikan.

Presiden Emmanuel Macron dalam satu kenyataan hari ini, meminta kubur itu dibaiki segera dan menegaskan memori De Gaulle amat dekat di hati rakyat Perancis.

Perdana Menteri, Edouard Philippe, di akaun tweet menyatakan ‘kesedihan dan keresahan’ serta menyifatkan vandalisme itu sebagai ‘tindakan menentang Perancis.’

Pemimpin sayap kanan Marine Le Pen pula menyifatkan perbuatan itu sebagai ‘penghinaan.’ – AP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here