'Vendor Proton bimbang periuk nasi bakal terjejas lagi'

0
42



Para vendor Proton melahirkan rasa bimbang tentang pengambil alihan 49.9 peratus kepentingan Proton Holdings Bhd oleh China Geely Automobile Holding Ltd yang boleh menjejaskan ‘periuk nasi’ banyak pembekal kereta nasional itu.

Industri, yang menyaksikan penurunan jualan kereta Proton dalam tempoh lima tahun yang lalu sehingga memaksa beberapa vendor menutup perniagaan mungkin berdepan kesan negatif seterusnya apabila Geely membawa masuk vendor dan rakan kongsi strategiknya sendiri.

“Lima tahun yang lalu, Proton menjual 12,000 unit kereta sebulan, tetapi kini tinggal 5,000 unit hingga 6,000 unit kereta sebulan.

“Beberapa vendor terpaksa menutup kedai kerana mereka terjejas oleh kejatuhan mendadak jumlah jualan (kereta Proton),” jelas vendor.

Vendor tersebut enggan namanya disiarkan atas alasan tidak mahu menjejaskan hubungan perniagaan dengan Proton.

Beberapa vendor berkata, pada masa ini, tanpa terma dan syarat perjanjian antara Geely dan pemilik Proton DRB Hicom Bhd didedahkan, mereka tidak pasti sama ada Proton akan menyusun semula rantaian bekalan kereta.

Bagaimanapun, para vendor percaya sebahagian daripada mereka akan dinyahkan daripada rantaian bekalan Proton kerana Geely boleh memilih vendor yang ditentukan dari China dan negara-negara lain.

“Apabila Geely datang, pasti mereka akan datang dengan teknologi dan vendor dan rakan-rakan perniagaan pilihan mereka,” kata vendor lain kepada Malaysiakini.

Jelas beliau, negara menerima pakai teknologi automotif berasaskan Jepun manakala Geely memiliki teknologi tersendiri, sekali gus menyebabkan beberapa vendor tempatan untuk dipinggirkan di masa depan.

“Perlahan-lahan, kita akan mula mengurangkan pengaruh Jepun. Vendor mungkin terjejas, tetapi ini tidak semestinya tidak baik kerana mereka boleh memilih untuk membabitkan dengan rakan strategik,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berharap Proton boleh mengenakan kuota untuk menjaga vendor tempatan dalam perniagaan.

[Baca berita penuh]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here