Venezuela: Maduro puji pasukan keselamatan negara

0
13

PRESIDEN Venezuela Nicolas Maduro puji pasukan keselamatan negara itu sebagai wira kerana bijak menangani siri tunjuk perasaan sebelum ini.

Serentak itu, beliau berjanji untuk membayar ganti rugi ke atas 580 anggota pasukan keselamatan yang cedera diserang penunjuk perasaan.

Maduro turut mengecam tindakan kejam penembak tepat yang membunuh tiga warga tempatan baru-baru ini.

Beliau mendakwa pembangkang bertanggungjawab di atas kematian terbabit kerana bersekongkol dengan kumpulan pelampau Colombia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here