Vettel menyengat, Hamilton terkedu

0
185
Advertisement



HOCKENHEIM: Sebastian Vettel menyambar petak pertama Grand Prix (GP) Jerman ketika Lewis Hamilton dipalit malang apabila jentera Mercedes miliknya mengalami kerosakan sekali gus bakal memulakan perlumbaan, esok di petak ke-14.

Pada sesi kelayakan di Litar Hockenheim itu, pelumba Ferrari, Vettel membuktikan kemampuannya apabila mengatasi masa terpantas seorang lagi pemandu Mercedes, Valtteri Bottas di pusingan terakhir.

Hamilton terpaksa menarik diri daripada pusingan kelayakan pertama selepas jenteranya mengalami kegagalan hidraulik.

Beraksi di depan penyokong sendiri, Vettel mencatat masa terpantas 1 minit 11.212 saat (s) untuk mengatasi Bottas yang melakukan catatan 1:11.416s.

“Terima kasih kepada penyokong yang datang. Ia suasana yang sangat menakjubkan apabila dapat melihat banyak bendera Ferrari dan Jerman dikibarkan.

“Saya sedar seawal pusingan pertama saya mempunyai kepantasan,” kata Vettel yang meraih kedudukan petak utama keduanya di Jerman dan ke-55 sepanjang kariernya.

Kejayaan Vettel itu menyaksikannya menjadi pilihan untuk memenangi perlumbaan di Hockenheim selain melebarkan kelebihannya selaku pendahulu selepas memiliki kelebihan lapan mata di depan Hamilton.

Rakan sepasukan Vettel, Kimi Raikkonen mencatat masa ketiga terpantas di depan pemandu Red Bull, Max Verstappen dan dua pemandu Haas yang menggunakan enjin Ferrari, Kevin Magnussen dan Romain Grosjean.

Seorang lagi pemandu tuan rumah, Nico Hulkenberg menyambar tempat ketujuh bersama jentera Renault di depan rakan sepasukan, Carlos Sainz.

Sementara itu, Hamilton berkata: “Ia sesi kelayakan yang sukar tetapi saya tidak dapat mengelak daripada situasi ini. Apa yang boleh saya lakukan adalah untuk cuba bersaing kembali pada hari perlumbaan esok.

“Saya akan berikan segala-galanya esok, tetapi ia mungkin tidak semudah seperti di Silverstone.”

SHARE
Previous article'Nikah bukan sebab duit dia'
Next articleBTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here