Video muzik terbaharu Taylor Swift pecah rekod YouTube

0
15

VIDEO muzik single terbaharu Taylor Swift  ‘Look What You Made Me Do’ berjaya memecah rekod YouTube apabila meraih lebih 43 juta tontonan dalam tempoh 24 jam pelancarannya.

Menurut YouTube, video penyanyi berusia 27 tahun itu menewaskan jumlah tontotan 36 juta yang dicatatkan penyanyi Korea Selatan, Psy menerusi lagu ‘Gentleman’ pada 2013.

Ini bermaksud lagu ‘Look What You Made Me Do’ mencipta sejarah baharu dalam dunia YouTube.

Video itu bagaimanapun menerima pelbagai kritikan daripada peminat dan media hiburan sejak ia dipersembahkan pada Anugerah Video Muzik MTV pada Ahad lalu.
Timbul juga spekulasi bahawa lagu berkenaan ditujukan kepada Kanye West dan Kim Kardashian kerana kontroversi lagu ‘Famous’.

Hal ini kerana Taylor ‘menghilangkan diri’ daripada industri muzik hampir setahun selepas insiden itu.

Rangkap lirik, “I’m sorry, but the old Taylor can’t come to the phone right now,”, “Why? Oh, ’cause she’s dead” menarik perhatian peminatnya, sehingga ada yang berpendapat Taylor tampil sebagai ‘insan yang baharu’.

Ada juga yang bimbang jika penyanyi berusia 27 tahun itu mengalami masalah kemurungan. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here