Video pernikahan #Fattzura 'sweet sangat' – netizen

0
11

KUALA LUMPUR: Pasangan selebriti yang baru sahaja bernikah Fattah Amin dan Nur Fazura masing-masing berkongsi video pernikahan mereka di media sosial.

Fattah Amin dan Fazura memuat naik tiga video, dimana setiap video berdurasi 1 minit.

Ia antara lain menunjukkan persiapan, majlis akad nikah dan juga detik-detik gembira bersama ahli keluarga dan rakan terdekat.

BACA: Hikayat cinta sejati sememangnya wujud, netizen doakan kesejahteraan #Fattzura! 

Menerusi geotag yang dikongsi, acara diadakan di The Ritz-Carlton Kuala Lumpur.

Video berkenaan terus menjadi tular dan mendapat reaksi positif netizen.


Majlis pernikahan berlangsung sekitar jam 9.50 malam Isnin
di sebuah hotel terkemuka di ibu negara. 

Minggu lepas, satu sidang media diadakan untuk mengumumkan bahawa pasangan ini sudah mengikat tali pertunangan pada 13 November lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here