Video pornografi budak: Ibu mangsa turut saksikan aksi lucah anak – polis

0
34
Advertisement

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia pada Sabtu mengesahkan rakaman video lucah kanak-kanak yang ditemukan minggu lalu turut melibatkan ibu salah seorang mangsa.

Hasil analisis polis Indonesia terhadap video pornografi kanak-kanak yang tersebar itu menunjukkan rakaman video tersebut turut disaksikan ibu kepada salah seorang mangsa kanak-kanak terlibat.

Menurut Pengarah Jenayah Am Polis Daerah Jakarta Barat, Umar Surya Fana, ibu mangsa berkenaan didakwa turut mengarahkan babak dan adegan ketika pembikinan filem lucah tersebut.

“Daripada bahasa percakapan di antara anak dengan salah seorang wanita di dalam video berkenaan, dipercayai dia ialah ibu kandung kanak-kanak itu sendiri.

“Di satu lokasi kejadian, ibu kandungnya ada di dalam bilik menyaksikan, malah mengarahkan anaknya sendiri (untuk melakonkan babak lucah),” kata Umar Surya Fana yang dipetik daripada portal BBC Indonesia.

Minggu lalu, warga Indonesia dikejutkan dengan penyebaran video pornografi kanak-kanak yang dilakukan beberapa budak lelaki dipercayai berusia sekitar 10 hingga 12 tahun dengan seorang perempuan dewasa.

Para penggiat anti kekerasan seksual terhadap kanak-kanak berkata penemuan video pornografi kanak-kanak itu mendedahkan wujud sindiket yang dipercayai cuba “mempromosi hubungan seksual antara anak-anak dengan orang dewasa”.

Penyiasat Indonesia berkata daripada keputusan analisis terhadap video berkenaan, mangsa kanak-kanak dipercayai anak-anak jalanan berusia di antara 7 hingga 13 tahun yang bergelandangan di ibu kota itu.

Pihak berkuasa turut menyerbu dua buah hotel di Bandung yang dipercayai menjadi lokasi penggambaran video berkenaan.

Video lucah itu dipercayai disasarkan kepada golongan pedofil, namun tidak dapat dipastikan sama ada akan dijual hanya kepada warga tempatan atau luar negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here