Vladimir Putin palu gendang pilihan raya

0
54
Advertisement

VLADIMIR Putin memulakan kempen pilihan raya Presiden Rusia yang dijadual berlangsung Mac tahun ini dengan membuka ibu pejabat kempen di Moscow sebagai persediaan untuk mengekalkan kedudukannya sehingga 2024.

Putin yang mendahului pesaingnya dalam tinjauan pendapat akan memerintah selama 24 tahun jika dia terus dipilih sebagai Presiden, sekaligus menghampiri rekod Joseph Stalin yang memerintah Rusia selama 30 tahun.

“Kami tidak mahu membuat ramalan atau bercakap mengenai angka sokongan. Kami percaya bahawa dia (Putin) akan mencapai kemenangan dan kami akan melakukan segalanya untuk memastikan perkara itu,

“Cuma ketika ini kami tidak mahu terlalu fokus kepada ramalan,” kata Sergei Kogogin, pengerusi bersama kempen Putin.

Suruhanjaya Pilihanraya Rusia merekodkan 64 pencalonan bagi mencabar jawatan Presiden pada 18 Mac ini.

Namun, hanya beberapa calon sahaja dijangka mendapat peluang mencabar Putin kerana mereka perlu mengumpul 300,000 tandatangan pengundi bagi menyokong pencalonan mereka menjelang akhir bulan ini.

BACA: Kejantanan Putin dicabar! Wanita pengikut Sufi ini mahu jawatan Presiden Rusia

BACA: Putin dicabar buat pertama kali dalam 18 tahun

Putin sebelum ini membentangkan visinya untuk memodenkan Rusia dan mensasarkan untuk menjadikan negara itu lebih muda dan bertenaga.

Malah, dia juga akan bertanding sebagai calon bebas, menjauhkan diri dari Parti Rusia Bersatu (United Russia) yang dilaporkan penuh dengan skandal rasuah melibatkan pemimpin tertingginya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here