Vladimir Putin tidak miliki telefon pintar

0
92
Advertisement

PADA abad ke-21 ini, pasti penggunaan telefon pintar menjadi kemestian dalam aktiviti harian kita.

Namun, bagi Presiden Rusia, Vladimir Putin, beliau akui tidak memiliki telefon pintar malah tidak memliki sebarang telefon bimbit sejak tahun 2005.

Putin mendedahkan perkara itu pada Khamis sebagai reaksi kepada ucapan Ketua Institut Penyelidikan Nuklear Kurchatov, Mikhail Kovalchuk, dalam satu pertemuan bersama saintis dan pakar akademik.

“Anda kata semua orang mempunyai telefon pintar. Tetapi saya tidak ada telefon pintar,” kata Putin, disambut gelak ketawa hadirin.

Pemimpin berusia 65 tahun itu berkata demikian sebagai mengulas kenyataan dibuat Kovalchuk, “semua orang ada telefon pintar di dalam poket mereka.”

Sebelum ini pada tahun 2005, Putin pernah mendedahkan yang beliau tidak berminat untuk turut serta dalam mana-mana platform media sosial.

Malah beliau turut akui bahawa dirinya seorang yang buta IT dan setiap perkara berkaitan kerja yang memerlukan penggunaan internet, pekerjanya yang akan lakukan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here