Wabak demam kuning di tenggara Brazil, kematian meningkat 53 orang

0
26
Advertisement

RIO DE JANEIRO: Jumlah kematian akibat demam kuning di tenggara Brazil kini meningkat kepada 53 orang, lapor agensi berita Xinhua memetik Kementerian Kesihatan Brazil.

Sepanjang tempoh Julai 2017 hingga 23 Januari tahun ini, merekodkan 130 kes disahkan dijangkiti virus dan 162 kes disyaki, di dua bandar terbesar di rantau itu iaitu Sao Paulo dan Rio de Janeiro,

Sehubungan itu, pada 16 Januari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan amaran untuk semua pelancong supaya sentiasa berwaspada.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, kebanyakan hospital di Sao Paulo dan Rio dipenuhi dengan pesakit yang dijangkiti demam tersebut.

Jumlah kematian tertinggi dilaporkan di Minas Gerais dengan 24 kes, diikuti Sao Paulo (21 kes) dan Rio de Janeiro (tujuh kes).

Kementerian Kesihatan pada tahun lalu telah mengagihkan sejumlah 57.4 juta vaksin di seluruh negara.

Selain menyebabkan kematian manusia, virus itu juga membunuh 453 haiwan, terutamanya monyet yang memaksa pihak berkuasa menutup beberapa zoo pada Selasa, selepas seekor monyet mati akibat virus tersebut.

Primat merupakan pembawa utama virus itu, yang ditular melalui nyamuk.

Sejak wabak itu mula menular di Brazil sejak Disember 2016 hingga April 2017, sejumlah 3,131 kes dilaporkan termasuk 392 kematian.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here