Walker korban posisi kegemaran

0
156
Advertisement



PEMAIN England, Kyle Walker sedia mengorbankan posisi kegemarannya, pertahanan kanan untuk beraksi selaku pertahanan tengah pada penampilan pertamanya di pentas Piala Dunia.

Walker yang membantu Manchester City merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim lalu diturunkan selaku pertahanan tengah kanan dalam sistem tiga pertahanan yang diterapkan Gareth Southgate dan dijangka akan terus membarisi kesebelasan utama menentang Tunisia pada aksi pembukaan Kumpulan G, Isnin ini.

“Saya beraksi di pertahanan kanan sejak saya berusia 18 tahun namun tampil pada pentas Piala Dunia pertama bukan di posisi kegemaran, ia tidak mengecewakan namun ia satu perkara yang baharu untuk saya.

“Saya perlu segera melupakan perkara ini, asalkan pengurus berasakan ia akan membantu pasukan, jadi kenapa tidak?”

Walker yang turut membantu pertahanan City mencipta rekod dibolosi paling sedikit dalam aksi liga musim lalu turut mengakui penting untuknya membaca permainan sebagai pertahanan tengah.

“Membaca permainan adalah satu aspek yang penting, saya tidak mahu meninggalkan banyak ruang di belakang sekali gus berdepan serangan balas pantas,” katanya.

“Saya pemain pertahanan dan yang paling mustahak, jika saya beraksi sebagai pertahanan tengah kanan, saya akan lebih bertahan berbanding pemain sayap menyerang.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here