'Wang Botingkek-Tingkek': CEO Snapchat Evan Spiegel dapat imbuhan RM2.5 bil

0
152
Advertisement

IDAHO: Ketua Eksekutif Snapchat (Snap) Evan Spiegel mendapat ‘durian runtuh’ apabila dilaporkan menerima ‘imbuhan’ AS$637.8 juta (RM2.550 bilion) sepanjang tahun lalu, pendapatan ketiga tertinggi pernah diterima oleh seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sesebuah syarikat.

Pada 2007, CEO syarikat saham Och-Ziff Capital Management Group, Daniel Och menerima AS$918 juta sebagai imbuhan, manakala pada 2008 beliau menerima AS$1.19 bilion.

Menurut data yang difaikan Snap, pakej yang diterima Spiegel berdasarkan pemberian saham bernilai AS$636.6 juta, gaji dan pampasan bernilai AS$1.2 juta.

“Saya percaya ini adalah jumlah pemberian yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun yang lalu mengikut kajian ‘pendapatan tertinggi CEO’ oleh kami,” kata Dan Marcec, Pengarah Kandungan agenda pengumpul data firm Equilar.

Spiegel memperolehi gaji sebanyak AS$98,078 pada 2017.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here