'Wang tidak boleh beli maruah dan aspirasi kami' – Saeb Erekat

0
52
Advertisement

JERICHO: “Wang tidak boleh beli maruah dan aspirasi kami.”

Walaupun diancam dan diugut berkali-kali, Palestin tetap dengan pendirian enggan lagi terlibat dalam rundingan damai, atas alasan ia diterajui Amerika Syarikat.

Perunding kanan Palestin, Saeb Erekat menegaskan rundingan damai itu tidak akan lagi diteruskan selagi Presiden Donald Trump mempertahankan keputusan iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

“Saya berpendapat wang tidak dapat membeli maruah dan aspirasi serta jangkaan masa depan kami. Kepada Palestin penubuhan sebuah negara merdeka tidak bermakna tanpa Baitulmaqdis sebagai ibu negara,” tegas Erekat mengulas ancaman terbaru Presiden Donald Trump terhadap Palestin.

Menurut Erekat, konflik Palestin-Israel memerlukan penyelesaian dua negara, seperti yang diperjuangkan selama ini.

Presiden Donald Trump dalam satu sidang media di Forum Ekonomi Dunia (WEF) ugut menyekat bantuan kepada Palestin, sekiranya ia enggan lagi terlibat dalam rundingan damai dengan Israel.

BACA: Trump beri kata dua kepada Palestin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here