Wanita bakar kedai arak

0
65



Jammu: Sekumpulan wanita membakar sebuah kedai arak di Jammu, Kashmir, selepas seorang lelaki didakwa mati akibat meminum minuman keras yang dijual di kedai itu.

Wanita berkenaan menggunakan obor yang dibuat daripada kain dan kayu sebelum bertindak membakar bangunan itu.

Pemilik kedai dituduh mencampurkan bahan kimia ke dalam arak buatan tempatan itu.

Sehubungan itu, penduduk Jammu, bandar musim sejuk Kashmir, mendesak supaya kedai arak itu ditutup. – Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Mei 2017 @ 1:45 PM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here