Wanita berbasikal cedera ringan terperosok bawah lori

0
48



Kuala Lumpur: Sukar dipercayai apabila seorang wanita hanya cedera ringan walaupun dirempuh sebelum terperosok di bawah sebuah lori.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi semalam, wanita warga Indonesia berkenaan difahamkan sedang mengayuh basikal berhampiran Jalan Padang Rengas 4, Taman Kok Lian, Kepong di sini, untuk menuju ke tempat kerjanya.

Bagaimanapun, seorang pemandu lori yang tidak menyedari kelibat mangsa melanggar wanita berusia 30-an itu.

Akibatnya mangsa terjatuh dari basikal sebelum terperosok dan tersepit di bawah lori berkenaan.

Penduduk taman perumahan berhampiran yang menyaksikan kejadian itu cuba mengeluarkan mangsa namun gagal sebelum menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan kecemasan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.44 pagi sebelum mengerahkan jentera serta enam anggota termasuk pegawai bomba ke lokasi kejadian.

Katanya, mangsa didapati masih berada di bawah lori dalam keadaan tidak sedarkan diri dan usaha mengeluarkan mangsa segera dilakukan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here