Wanita berskirt mini dalam suhu -40 Celsius, kini tanggung derita gigitan fros!

0
54
Advertisement

ASTANA: AKIBAT buat perkara tidak masuk akal seorang wanita terpaksa dikejarkan ke hospital.

Itu yang menimpa seorang pelajar di Astana, Kazakhstan yang kini terpaksa menahan derita gara-gara terkena gigitan fros di kedua-dua pahanya.

Puncanya adalah dia keluar bersiar-siar memakai skirt mini ketika suhu di luar mencecah 40 darjah Celsius di bawah paras beku, lapor portal berita Metro.co.uk.

Ketika keluar, pelajar semester akhir jurusan undang-undang di universiti tempatan itu turut menyarungkan sepasang seluar ketat kononnya pakaian itu mampu melindunginya daripada kesan cuaca sejuk ekstrem tersebut.

Namun, seluar ketat dengan material nipis itu tidak mampu melindungi kakinya daripada kesan gigitan fros, sekali gus membuatkan kedua-dua belah pahanya menjadi kemerahan.

Jurucakap hospital mengesahkan wanita itu mengalami gigitan fros tahap dua. Dia bagaimanapun dibenarkan pulang namun perlu kembali ke hospital untuk rawatan susulan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here