Wanita cipta kasut menyerupai burung merpati

0
37



Tokyo: Seorang pereka di sini mencipta kasut menyerupai burung merpati kerana dia mahu berdiri hampir dengan haiwan berkenaan tanpa membuat ia takut.

Keiko Ohata, 47, ialah pereka terkenal dan wanita itu membuat pelbagai rekaan sebelum memuat naik hasil ciptaannya di laman sesawang Nifty.

Dalam ciptaan terbarunya, Keiko cuba mereka sesuatu supaya dia boleh berdiri sehampir mungkin dengan burung merpati.

Katanya, dia membeli kasut tumit tinggi yang murah dan menggunakan kemahirannya untuk membuat kasut menyerupai burung merpati.

Selepas beberapa hari dia berjaya menyiapkan rekaannya itu dan memakai kasut berkenaan di Taman Ueno di sini untuk melihat adakah burung merpati selesa berada hampir dengannya.

Keiko juga memakai pakaian yang mempunyai warna hampir sama dengan burung merpati supaya tidak menakutkan haiwan berkenaan.

Mmulanya Keiko berjalan menghampiri sekumpulan burung merpati tetapi haiwan berkenaan terbang sebaik sahaja dia berdiri terlalu hampir.

Keiko berjalan berhampiran kumpulan burung merpati lain, keputusannya tetap sama.

Seorang lelaki tua kemudian menabur makanan burung di sekeliling Keiko berdiri dan akhirnya beberapa burung merpati dilihat datang mendekati wanita itu. – Agensi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here