Wanita dakwa didera datuk sendiri hingga berat tinggal 16.8kg

0
146
Advertisement
KYOTO: Seorang wanita Jepun mendakwa telah didera oleh datuknya 10 tahun lalu sehingga berat badannya turun mencecah 16.8kg.

Dalam beberapa siri tweetnya, wanita yang menggunakan nama “Wild Cabbage” itu mendedahkan bagaimana penderaan itu berlaku.

Menurut wanita itu, dia pernah ditendang di bahagian perut oleh datuknya setelah ditangkap kerana makan dan dipaksa memuntahkan semula makanan itu.

Seorang wanita Jepun mendakwa telah didera oleh datuknya 10 tahun lalu sehingga berat badannya turun mencecah 16.8kg. -Foto Dailymail.com
Dakwanya lagi, ketika diselamatkan, dia diberitahu oleh pakar perubatan yang keadaannya amat kritikal dan hampir menemui ajal.

Dia turut mendedahkan gambar yang didakwanya ketika berada di hospital dan menunjukkan tanda-tanda lebam di dada dan leher.

Dia turut mendedahkan gambar yang didakwanya ketika berada di hospital dan menunjukkan tanda-tanda lebam di dada dan leher. -Foto Dailymail.com
Wanita itu berkata dia kini berusia lewat 20an dengan berat badan yang ideal dan sudah pulih sepenuhnya daripada trauma kejadian.

Setakat ini, wanita itu juga tidak menyatakan sama ada sebarang tindakan telah diambil terhadap datuknya atau mana-mana ahli keluarga yang lain berhubung kejadian tersebut.

Para netizen, walau bagaimanapun, mempersoalkan dakwaan wanita itu dan menuduhnya menggunakan gambar palsu.

Ketiadaan bukti daripada pihak berkuasa serta dokumen sahih berhubung kejadian membuatkan pengguna media sosial kurang yakin akan kebenaran dakwaan wanita tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here