Wanita guna telefon bimbit ketika dibedah

0
55



Beijing: Seorang pakar bedah membenarkan pesakitnya menggunakan telefon bimbit ketika di dewan bedah bagi membantu wanita itu mengatasi perasaan takut ketika pembedahan.

Doktor Zhu Yuefeng dari Hospital Sir Run Run Shaw di Hangzhou berkata, pesakitnya, Zhu berasa gembira kerana dibenarkan menggunakan telefon bimbit ketika pembedahan berjalan.

Pesakit berusia 69 tahun itu mengalami masalah pada saluran darah di kaki kanannya yang menyebabkan dia tidak boleh berdiri dengan betul.

Selepas mengalami masalah itu selama 10 tahun, wanita itu akhirnya mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan.

Katanya, wanita itu tidak dibius sepenuhnya kerana pembedahan berkenaan hanya membabitkan bahagian kaki kanannya sahaja.

“Pesakit itu kelihatan sangat gementar apabila masuk ke dewan bedah.

“Dia pernah menjalani satu pembedahan yang menyakitkan dan pengalaman itu menyebabkan dia takut untuk dibedah lagi,” katanya.

Biasanya, pesakit tidak dibenar membawa barangan peribadi ke dewan bedah tetapi kali ini doktor memberi pengecualian.

Telefon bimbit wanita itu dilap dengan alkohol untuk membunuh kuman.

“Pesakit itu sangat gembira dan dia juga melayari laman sosial serta mengambil beberapa gambar ketika pembedahan,” katanya.

Menurutnya, pembedahan berkenaan berjalan dengan lancar dan wanita itu dibenarkan pulang pada hari yang sama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here