Wanita jerit, tumbuk diri sendiri selepas tonton 'Annabelle: Creation'

0
15

KUALA LUMPUR: Seorang wanita di Brazil dikejarkan ke hospital selepas dia tiba-tiba meracau selepas menonton filem seram, “Annabelle: Creation” pada Ahad.

Memetik laporan portal Daily Mail, wanita berusia 20 tahun yang tidak dinamakan itu dilapor menonton tayangan tengah malam di pawagam di Teresina, Brazil.

Difahamkan, selepas keluar dari pawagam, wanita berkenaan mula berkelakuan aneh termasuk menumbuk dirinya sendiri.

Dia juga dilihat terbaring di atas lantai di luar pawagam itu dan menjerit serta batuk berterusan.

Rakan-rakannya dilihat cuba menenangkannya.

“Selepas filem itu berakhir, kami pergi untuk membayar tiket tempat letak kereta dan secara tiba-tiba dia mula memukul dirinya dan rebah ke lantai,” kata seorang rakannya.

Seorang kakitangan di pusat membeli-belah itu memberitahu laman web UOL Brazil: “Kami tidak tahu apa yang berlaku atau apa yang menyebabkan tindakan itu. Apa yang kami tahu ialah dia mula gugup dan tidak dapat menjelaskan apa yang telah berlaku.”

Filem ‘Annabelle: Creation’ mengisahkan pasangan suami isteri yang kehilangan anak perempuan, Bee, yang maut akibat kemalangan.

Oleh kerana terlalu obses dengan anak tunggal mereka, perjanjian dengan syaitan telah dibuat untuk membolehkan pasangan itu melihat kehadiran anaknya di rumah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here