Wanita kena gigit jerung di pantai California

0
72


SEORANG wanita cedera digigit jerung di sebuah pantai popular di pesisir Selatan California, menurut pihak berkuasa. – Foto AFP

CAMP PENDLETON: Seorang wanita cedera digigit jerung di sebuah pantai popular di pesisir Selatan California, menurut pihak berkuasa.

Pembantu taman negeri, Travis Lara memberitahu agensi media Orange County Register, mangsa sedang berjalan dalam air ketika jerung menyerang dan menggigitnya pada bahagian atas paha.

Insiden itu berlaku, semalam berhampiran Pantai Negeri San Onofre di sepanjang pangkalan Kem Tentera Laut Pendleton di daerah San Diego.

Sarjan Kem, Asia Sorenson memaklumkan akhbar San Diego Union-Tribune bahawa mangsa dihantar ke sebuah hospital menggunakan helikopter dan pantai itu ditutup sehingga hari ini. – AP

SHARE
Previous articleBalqis tersingkir
Next articleHanya Coca-Cola

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here