Wanita maut diserang anjing peliharaan

0
62


SEORANG wanita maut diserang anjing baka campuran peliharaannya di kediamannya di Pennsylvania. – Foto www.wfmz.com

BREINIGSVILLE: Seorang wanita maut diserang anjing baka campuran peliharaannya di kediamannya di Pennsylvania.

Polis berkata, mereka bergegas ke rumah mangsa di petang Khamis selepas dihubungi mangsa yang melaporkan mendengar jeritan dan salakan.

Mereka berkata, anjing itu masih menyerang wanita berkenaan ketika pegawai sampai.

Polis berjaya mengurung haiwan itu bagi membolehkan wanita yang mengalami kecederaan teruk itu dirawat.

Mangsa dibawa ke hospital dan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Nama wanita yang berusia dalam lingkungan 30-an, dirahsiakan sehingga anggota keluarga diberitahu.

Menurut polis, anjing jantan berusia tiga tahun itu diberi ubat pelali di lokasi kejadian dan dibawa ke Persatuan Kemanusiaan Daerah Lehigh dan akan dimatikan. – AP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here