WANNA ONE selamatkan peminat pengsan

0
60
Advertisement

KUALA LUMPUR: Kumpulan K-Pop popular, WANNA ONE bimbang apabila melihat keadaan peminat mereka yang berada di bahagian Rock Zone menjadi tidak terkawal.
 
Insiden tersebut menyebabkan sesi bertemu peminat WANNA ONE di Stadium Negara terpaksa ditangguhkan lebih satu jam semalam.
 
Adegan tolak menolak itu menyebabkan ada beberapa penonton cedera dan pengsan.
 
Penonton yang pengsan itu diselamatkan oleh dua anggota WANNA ONE, Sungwoon dan Daehwi yang bertindak pantas meminta pasukan keselamatan membantu peminat tersebut.
 
“Anda semua bertenang, keselamatan anda adalah menjadi keutamaan kami. Hati-hati, ada orang tercedera di sana,” kata salah seorang anggotanya.
 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here