Warga AS dipenjara 10 tahun di Iran

0
39


– Foto hiasan

TEHRAN: Warga Amerika Syarikat yang dituduh ‘menyusup’ ke Iran dijatuhi hukuman 10 tahun penjara, kata jurucakap perundangan hari ini.

“Individu itu dikenal pasti dan ditahan pasukan risikan. Mahkamah menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara,” kata Timbalan Ketua Perundangan, Gholamhosseim Mohseni Ejeie, pada sidang media yang disiarkan menerusi televisyen.

Individu tidak dinamakan itu mengemukakan rayuan terhadap hukuman. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here