'Warga asing dilarang masuk'

0
58


DHAKA: Sebuah restoran mewah di Bangladesh melarang tetamu asing memasukinya kerana bimbang serangan pengganas tahun lalu di kafe di ibu kota negara itu berulang, kata pemiliknya.

Restoran barbeku terkenal, Lake Terrace, di kawasan kejiranan Uttara di utara Dhaka, menaikkan notis di pintu masuk yang menyatakan warga luar tidak dibenarkan memasukinya.

Pemiliknya, Shah Tanzil, berkata arahan itu dikeluarkan tuan bangunan itu.

“Kami tiada pilihan selain mengikut arahan pemilik tanah. Kami memang malu tetapi tidak boleh terus menutup perniagaan kerana ia sumber pendapatan,” katanya.

Pemilik bangunan lima tingkat itu memberitahu akhbar berbahasa Inggeris, The Daily Star, beliau bimbang warga asing menjadi sasaran utama pelampau.

“Siapa akan bertanggungjawab jika sesuatu yang buruk berlaku?” katanya.

Lima penyerang memasuki restoran Holey Artisan Bakery tahun lalu dan membunuh sekurang-kurangnya 22 pengunjung, kebanyakannya warga asing, selepas menjadikan mereka tebusan.

Daesh mendakwa melancarkan serangan walaupun kerajaan menyalahkan pertubuhan militan tempatan. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here