Warga emas mabuk, pusing bulatan 17 kali sebelum ditahan polis

0
19
Advertisement

PARIS: Seorang warga emas ditahan polis selepas didapati memandu dalam keadaan mabuk dan mengelilingi bulatan sebanyak 17 kali di bandar Brittany di sini, menurut akhbar Quest France pada Khamis.

Lelaki warga Perancis berusia 73 tahun itu mendakwa tidak mendengar siren polis yang memintanya memberhentikan kenderaan.

Dia bagaimanapun berjaya ditahan pihak berkuasa dan didapati berada di dalam keadaan pening.

Lesen memandu lelaki itu kemudiannya dirampas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here