Warga Malaysia antara ditahan dalam serbuan sauna gay Jakarta

0
526
Advertisement

JAKARTA: Warga Malaysia antara lebih 50 lelaki yang ditahan dalam serbuan pihak berkuasa di sauna gay di Jakarta, Indonesia, Jumaat lalu.

Menurut jurucakap polis, Argo Yuwono tujuh lelaki termasuk pemilik sauna dan pekerjanya didakwa mengikut undang-undang pornografi Indonesia manakala 51 lagi akan dibebaskan sekiranya mereka tidak terlibat dengan jenayah atau dadah.

“Biasanya mereka datang berpasangan tetapi ada juga yang datang seorang diri dan dikenakan bayaran 175,000 Rupiah (RM54) untuk memasuki spa berkenaan,” katanya

Mereka berdepan penalti dan boleh dipenjarakan sehingga 10 tahun atau denda.

Di Indonesia, hanya wilayah Aceh sahaja mengharamkan perlakuan homoseksual.

Begitupun, polis Indonesia sudahpun menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat aktiviti lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) di republik itu, dan menjadikan aktiviti homoseksual sebagai satu kesalahan jenayah, dengan mengenakan dakwaan di bawah undang-undang anti-pornografi dan penyalahgunaan dadah.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini mendesak Indonesia membebaskan individu yang ditahan berdasarkan orientasi seksual mereka bagi menghapuskan stigma anti-gay di negara itu.

Pada Mei lalu, polis republik itu menyerbu sebuah premis di Jakarta Utara yang menganjurkan pesta seks gay dan menahan lebih 100 orang pengunjung, termasuk dua orang rakyat Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here