Wartawan Turki Mustafa Akyol dipercayai sudah meninggalkan Malaysia – Media

0
37

KUALA LUMPUR: Wartawan Turki, Mustafa Akyol dilaporkan telah meninggalkan Malaysia selepas ditahan selama beberapa jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang malam tadi.

Memetik portal media Turki, turkishminute.com, Akyol yang merupakan seorang penulis terkenal itu turut dipercayai sudah meninggalkan negara ini hari ini.

Namun, tiada waktu pelepasan atau destinasi seterusnya dinyatakan dalam laporan media tersebut.

Melalui satu kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Haji Mustafar Ali hari ini, Akyol ditahan selepas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) KLIA melalui Ketua Pasukan yang bertugas telah menerima permohonan kesan dan tahan dari pihak TCO berkaitan seorang warganegara Turki, Mustafa Akyol, pada 25 September 2017 jam 6 petang.

Edaran makluman penahanan telah dihebahkan kepada semua kaunter pemeriksaan Imigresen, kenyataan itu berkata.

Subjek telah ditahan di kaunter 17 balai berlepas KLIA pada jam lebih kurang 9 malam.

Pegawai yang bertugas di kaunter telah merujuk kepada penyelia bertugas. Kemudian, penyelia bertugas telah menghubungi pihak TCO dan sabjek telah diserahkan kepada pihak TCO pada jam 9.30 malam.

Akyol yang bercadang meninggalkan Malaysia selepas dipanggil pihak berkuasa agama untuk soal siasat ditahan di lapangan terbang malam tadi.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO)  Islamic Renaissance Front (IRF) yang menjadi tuan rumah kepada forum yang sepatutnya dihadiri Mustafa memuat naik catatan di Twitter mengatakan Mustafa telah ditahan di KLIA.

Buat masa ini, Astro AWANI masih berusaha untuk mendapatkan pengesahan dari Jabatan Imigresen Malaysia berhubung perkara ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here