Washington jual senjata Patriot kepada Romania

0
28


WASHINGTON: Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata negara itu bersedia meluluskan perjanjian penjualan sistem pertahanan udara, Patriot bernilai AS$3.9 bilion (RM16.75 bilion) kepada Romania, yang dijangka mencetuskan kebimbangan pihak Russia.

“Jabatan Negara sudah memutuskan untuk meluluskan sistem pertahanan udara Patriot kepada tentera Romania, termasuk sistem sokongan dan peralatan berkaitan,” katanya.

Bagaimanapun, Kongres Amerika Syarikat mempunyai tempoh selama 30 hari untuk membantah penjualan itu.

Namun, ia tidak mungkin berlaku, memandangkan Romania adalah negara sekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here