'Watak wanita filem moden hampir selalu dirogol' – Keira Knightley

0
22
Advertisement

KEIRA KNIGHTLEY mengakui beliau enggan melakonkan watak dalam filem moden kerana wanita dalam filem-filem tersebut “hampir selalu dirogol”.

Menurutnya, dia lebih suka melakonkan watak dalam filem berdasarkan sejarah kerana merasakan watak-watak wanita dalam filem itu lebih berinspirasi.

“Saya tidak tahu sangat tentang filem. Saya jarang ambil tawaran berlakon untuk filem zaman moden kerana watak-watak wanitanya hampir selalu diperkosa.

“Saya selalu merasakan wanita digambarkan dalam cara yang tidak menyenangkan (dalam filem moden), manakala filem-filem bersejarah sentiasa memberikan saya peluang melakonkan watak yang berinspirasi,” kata pelakon yang berusia 32 tahun itu.

Nama Knightley menjadi terkenal selepas dia melakonkan watak bersama Orlando Bloom dan Johnny Depp dalam ‘Pirates of the Caribbean’.

Selepas itu, Knightley turut berlakon dalam beberapa filem bersejarah termasuk ‘Pride & Prejudice’, ‘The Imitation Game’ dan ‘The Duchess’.

Filem seterusnya yang dilakonkan merupakan sebuah drama bersejarah, Colette yang berlatarkan penulis novel Perancis.

Di samping usaha Knightley untuk memboikot watak-watak wanita yang kelihatan seperti ditindas dan tidak dihormati, Brie Larson pula sebaliknya memenangi anugerah bagi watak sedemikian.

Larson pada 2016, memenangi Oscar untuk pelakon wanita terbaik bagi lakonannya dalam filem ‘Room’ di mana memegang watak Joy Newsome, seorang ibu yang diculik dan dirogol berulang kali.

Filem lain yang turut memenangi anugerah meskipun mempunyai adegan yang sama seperti ‘Room’ ialah ‘The Girl with the Dragon Tattoo’ dan ‘Precious’ yang memenangi Oscar pada tahun 2009.

Bagaimanapun, Knightley berkata terdapat sedikit perkembangan dalam industri kerana dia kini menerima lebih banyak skrip filem di mana watak wanitanya lebih dihormati, tanpa adegan rogol dan bukan sebagai wanita yang hanya mampu menjadi teman wanita atau isteri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here