Wayang duka

0
89



Balik Pulau: Menggunakan helah dengan menjaja cerita kononnya ada ahli saudara meninggal dunia, seorang lelaki dikesan cuba mencari wang mudah dengan menipu beberapa imam masjid sekitar daerah ini.

Bagaimanapun, perbuatan lelaki berusia 50-an itu menjerat diri sendiri apabila dia ditahan penduduk kampung ketika cuba menipu siak Masjid Pondok Upeh, di sini, semalam.

Difahamkan, suspek masih belum serik walaupun perbuatan menipu yang kerap dilakukannya sudah menjadi tular dalam kalangan penduduk sekitar Balik Pulau yang menyebarkan gambarnya di media sosial.

Menurut sumber, lelaki terbabit ditahan jam 2 petang oleh penduduk selepas mereka menyedari kelibatnya yang datang ke rumah siak dan cuba meminta wang.

“Suspek bagaimanapun melarikan diri namun dia dikejar dan ditahan di sebuah kedai kasut berhampiran sebelum dibawa ke balai polis,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

SHARE
Previous article12 harapan negara
Next articleBikin panik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here