Wee Wern julang Terbuka Australia

0
21
Advertisement



 

KUALA LUMPUR: Low Wee Wern membuktikan dirinya berada di kemuncak prestasi ketika ini dengan menjuarai gelaran PSA ketiga berturut-turut menerusi Terbuka Australia hari ini.

Pemain berusia 28 tahun itu yang sebelum ini dinamakan Pemain Terbaik Bulanan PSA bagi bulan Julai mempamerkan kematangannya apabila berjaya menangkis kebangkitan daripada pemain Mesir Hana Ramadan sebelum menang 11-6, 11-9, 10-12, 11-6 pada aksi final di Mulgrave Country Club.

Wee Wern, yang sebelum itu menewaskan pemain Hong Kong Tong Tsz-Wing pada separuh akhir berkata kejayaan itu membuktikan bahawa kerja kerasnya selama ini berbaloi.

“Saya gembira menjuarainya. Hana seorang pencabar yang hebat dan saya benar-benar mengikut perancangan untuk memenanginya,” kata Wee Wern ketika dihubungi hari ini.

“Tiga kemenangan dalam tiga kejohanan PSA, ia sesuatu yang hebat. Ia membuatkan usaha keras sepanjang 20 bulan lalu berhasil.

“Tiba masanya untuk saya pulang, kejohanan selepasnya adalah Sukan Asia.”

Wee Wern mara ke final Kejohanan Kebangsaan bulan lalu iaitu kejohanan pertamanya selepas berehat 20 bulan akibat kecederaan lutut yang serius.

Dia kemudiannya menjuarai kejohanan PSA berturut-turut pada Terbuka Malaysia, begitu juga Terbuka Tasmania yang juga diadakan bulan lalu.

Dia akan bertanding bersama-sama  Datuk Nicol David, S Sivasangari dan Aifa Azman dalam acara berpasukan di Sukan Asia Indonesia bulan ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here