WEF2018: Hati-hati, Kepintaran Buatan 'AI' kini sebuah ancaman – Jack Ma

0
95
Advertisement

DAVOS: Kepintaran buatan (Artificial Intelligent) dan Data Raya (Big Data) kini menjadi sebuah ancaman yang tidak mampu memperkasa umat manusia.

Kata Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Alibaba Group, Jack Ma  menegaskan bahawa gelombang perubahan teknologi hari ini lebih cenderung melemahkan manusia.

“Kepintaran buatan dan robot yang dihasilkan hari ini akan menghapuskan lebih banyak peluang pekerjaan. Tenaga kerja manusia juga akan digantikan dengan mesin pada masa hadapan,” katanya di Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang sedang berlangsung di Davos, Switzerland.

Tambahnya lagi, sejarah membuktikan perang dunia yang pernah tercetus sebelum ini adalah kesan daripada gelombang perubahan teknologi.

“Revolusi teknologi telah menjadikan dunia tidak seimbang dan manusia akan saling berbalah kerananya,”

“Walaupun banyak peluang boleh dicipta kesan daripada revolusi teknologi namun ia juga boleh menyumbang kepada banyak masalah sosial.”

Ma berpendapat, dunia sedang berada dalam gelombang perubahan teknologi ketiga.

Sekiranya peperangan tercetus, ia seharusnya tidak melibatkan persengketaan antara manusia tetapi sebuah perjuangan melawan pencemaran, penyakit, dan kemiskinan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here