WEF2018: Rupanya ini sebab Datuk Shah Rukh Khan takut wanita

0
16
Advertisement

DAVOS: “Saya sendiri takut kepada wanita. Saya takut kerana ramai wanita terlalu mencintai saya.”

Demikian seloroh Datuk Shah Rukh Khan yang disambut gelak tawa penonton dalam satu temubual eksklusif di Forum Ekonomi Sedunia (WEF)  di Davos, Switzerland, semalam.

Khan yang mengulas mengenai isu penindasan wanita menyifatkan sikap meletakkan manusia di dalam kelompok tertentu, seperti gender dan ras adalah ideologi lapuk.

Tegasnya, kebanyakkan definisi yang digunakan untuk menerangkan bagaimana wanita harus membawa diri selalunya datang daripada kaum lelaki.

“Anda perlu jadi lemah lembut, perlakuan anda perlu lebih manis, anda perlu jadi lebih baik, jangan duduk dengan kaki yang terbuka. Kebanyakkan definisi ini ditekankan oleh gender yang lain.”

Tambahnya, dia mula mengubah persepsinya terhadap wanita setelah bertemu dengan ramai pelakon wanita hebat sepanjang kerjayanya dalam dunia perfileman.

“Mereka cantik, menawan, fizikalnya menarik dan bekerja lebih keras daripada saya dan sudah berada di set sejak jam 5 pagi, sebelum matahari terbit.”

“Saya telah menyaksikan dengan mata saya sendiri bagaimana wanita menjadi tulang belakang dalam dunia filem yang dipelopori lelaki,” tambahnya.

Tegasnya, wanita ini terus bekerja keras dan tidak menyerah kalah biarpun berdepan dengan ketidakadilan gender yang wujud di sekeliling mereka.

Khan merupakan antara penerima Anugerah Kristal disampaikan sempena Forum Ekonomi Dunia.

Anugerah terbabit diberikan kepada beliau sebagai penghargaan kepada usahanya membela nasib wanita dan kanak-kanak India yang dianiaya.

Turut menerima anugerah berkenaan ialah aktres Australia, Cate Blanchett serta penyanyi dan komposer dari UK, Elton John.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here