'Why Not Me?' lagu satira sindir Anugerah Oscar

0
55
Advertisement

ANUGERAH Akademi ke-90 atau Oscar 90 telah berlangsung semalam dan senarai pemenangnya telahpun kita ketahui.

Namun seperti biasa rumah siap, pahat masih berbunyi. Ada yang tidak puas hati pelakon kegemaran gagal genggam Oscar tidak kurang yang kecewa filem kegemaran langsung tidak tercalon.

Itu lumrah dalam setiap anugerah yang mengiktiraf yang terbaik apatah lagi yang berprestif seperti Oscar. Alasan yang sering kita dengar popular bukan semestinya terbaik.

Atas alasan itu juga kumpulan komedi The Lonely IslandĀ  yang dianggotai Akiva Schaffer, Andy Samberg, and Jorma Taccone mencipta lagu satira ini.

‘Why Not Me?‘ kononnya suara hati bintang filem adiwira dan pelakon filem aksi yang kecewa kerana tidak tercalon dalam Oscar 90. Antaranya Thor, Wonder Woman, Aquaman dan Dominic Toretto.

Sangat menggeletek perasaan dan menghiburkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here