Wilayah Barat Kanada diisytihar darurat

0
16


MONTREAL : Kerajaan British Colombia terpaksa membuat pengisytiharan darurat di bahagian barat Kanada susulan kebakaran hutan yang semakin kritikal.

Ketua Pengurusan Kecemasan dan Pengangkutan Wilayah, Todd Stone berkata, langkah itu terpaksa diambil berikutan situasi semasa kebakaran yang dijangka semakin meningkat.

“Pendekatan luar biasa ini adalah keputusan kerajaan dalam usaha menangani situasi yang semakin mencemaskan,” katanya dalam satu kenyataan.

Cuaca panas dan kering adalah penyumbang terbesar kepada kebakaran berkenaan dengan rekod menunjukkan 138 kebakaran baharu dikesan hari ini.

Jabatan Alam Sekitar Kanada berkata, penduduk kawasan sekitar trlah diarahkan berpindah dari perkampungan Ashcroft dan Cache Creek di daerah Thompson-Nicola malah sebuah hospitak di Ashcroft turut ditutup sebagai langkah berjaga-jaga.

Lebih daripada 3,600 penduduk terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing di daerah Kamloops, kira-kira 100 kilometer di timur Ashcroft. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here