Wildtrak versatil, berkuasa

0
196
Advertisement



Kenderaan Ford Ranger 2.2L Wildtrak dinobatkan sebagai Trak Pikap Tahunan pada Anugerah Kenderaan Tahunan (VOTY 2018) oleh portal permotoran tempatan, DSF.my Allianz, baru-baru ini.

Dikuasakan dengan enjin 2.2 liter empat silinder Duratorq dengan pengecas turbo menjana kuasa maksimum 160PS pada 3,000rpm dan daya kilas 385Nm pada 1,600 hingga 2,600rpm.

Dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan, ia berkemampuan menunda bebanan sehingga 3,500 kilogram (kg) dan mengharungi laluan berair mencecah aras 800 milimeter (mm).

Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion selaku pengedar utama kenderaan Ford di negara ini, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz berkata, model Ranger baru ini menetapkan penanda aras baru dalam segmen trak pikap dengan prestasi enjin dan ciri terkini untuk pasaran di Malaysia.

“Pembeli kini menghargai kenderaan berkonsepkan ‘Build Ford Tough’ yang menawarkan ketahanan, praktikal serta teknologi canggih yang ada pada model Ranger Wildtrak ini,” katanya.

Konsep Wildtrak bukan saja dengan ciri luaran lebih sporty dan maskulin, malah menawarkan ruang kabin yang selesa seperti kereta penumpang dengan perincian yang lebih moden.

CIRI dalaman moden.

Antara lain yang ditawarkan ialah ciri bantu pemandu seperti ketersambungan SYNC 3 dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, kamera pandangan belakang dan kawalan pelayaran adaptif.

Elemen keselamatan Amaran dan Bantuan Pelepasan Laluan, Amaran Pengurangan Perlanggaran Hadapan, pertukaran 4×4 on-the-fly, sistem MyKey Electronic Locking Rear Differential dan kawalan cengkaman antara yang terdapat pada Wildtrak.

Ciri-ciri ini menjadikan ia model terlaris Ford di Malaysia dengan mencatatkan perkongsian pasaran 15.3 peratus untuk segmen trak pikap pada suku pertama 2018.

Wildtrak ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Putih Cool, Oren Pride dan Hitam Shadow dengan harga RM120,702 (atas jalan tanpa insurans dan GST).

Ia juga didatangkan dengan tawaran penyelenggaraan dan servis percuma selama dua tahun atau 40,000km yang mana lebih dulu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here