Wooden Tigers, Srikandi FC sukar digugat

0
26



Georgetown: Kejaguhan Wooden Tigers dari Pulau Pinang terbukti apabila muncul juara kategori lelaki pada Cabaran Hoki Ferringhi 2017 di Padang Terbuka Hotel Holiday Inn, Batu Ferringhi, baru-baru ini.

Wooden Tigers membawa pulang wang tunai RM800 serta pingat manakala Sejambu dari Perak di tempat kedua dan membawa pulang wang tunai RM600 serta pingat selepas tewas pada final 0-3.

Bagi kategori perempuan pula, Srikandi FC dari Pulau Pinang muncul juara manakala pasukan I Miss Girl dari Kedah hanya berpuas hati di tempat kedua selepas tewas tipis 1-2.

Mohammad Adam Haikal Mohammad Harris dari SK Jalan Matang Buloh, Bagan Serai, Perak muncul penjaring terbanyak lelaki apabila berjaya meledak 30 gol manakala Nur Iman Adawiah Suhaimi dari SK Bagan Ajam bagi kategori perempuan dengan 19 gol.

Bagi anugerah penjaga gol terbaik lelaki dimenangi Luth Mikail Tarmizi dari SK Batu Ferringhi manakala penjaga gol perempuan dimenangi Alisya Nur Maisarah Mohd Ghazi dari SK Taman Uda, Alor Setar.

Mohd Fakhrul Mohd Soffian dari Wooden Tigers membuktikan dirinya layak dianugerahkan pemain terbaik lelaki perlawanan akhir manakala Nur Alia Adawiah Suhaimi dari Srikandi FC dianugerahkan pemain terbaik perempuan perlawanan akhir.

Hadiah disampaikan Guru Besar SK Batu Feringghi, Suhaimi Saad dan Pengarah Kejuruteraan Hotel Holiday Inn, Ramesh Rajpur dan jurulatih Sukan Malaysia Pulau Pinang, Jiwa Mohan.

Sebanyak 16 pasukan membabitkan sembilan pasukan lelaki dan tujuh perempuan dari sekolah sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Perak mengambil bahagian pada kejohanan julung kali itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here