Wow banyaknya hadiah untuk baby Siti Nurhaliza …

0
64
Advertisement
SELEPAS mengumumkan kehamilan dan dijangka bersalin bulan ini, bukan Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa sekeluarga sahaja yang teruja, tetapi peminat juga teruja menanti kelahiran puteri sulung pasangan itu. Buktinya, menjelang beberapa hari lagi sebelum melahirkan anak, penyanyi nombor satu negara itu mula menerima hadiah yang banyak daripada peminat setianya.

Ada antara mereka yang mengirimkan hadiah berupa pakaian sehinggalah ke katil bayi yang sudah dihias cantik bak untuk puteri raja.

Tidak kurang juga Siti turut berkongsi gambar dia menerima hadiah berupa pelbagai jenis makanan menerusi Instastories miliknya.

Siti Nurhaliza

Namun yang lebih mengujakan, Siti sempat berkongsi video dia menemani kakak ipar yang juga pengurus peribadinya, Rozi Abdul Razak mengemas pakaian untuk bayi dan dirinya yang akan dibawa ke hospital.

Kami sendiri tidak sabar untuk menatap wajah bayi comel Siti nanti dan kami percaya ramai jua yang berperasaan begitu.

Sama-samalah kita doakan agar kedua-duanya selamat nanti. Insyaallah, amin…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here