XOX, NU jalin kerjasama hubungkan 94 juta ahli

0
15

KUALA LUMPUR: XOX Media telah bergabung tenaga dengan syarikat Indonesia, PT Inovasi Telematika Nusantara. Kedua syarikat ini menandatangani sebuah persefahaman melalui perkongsian usahasama untuk membangunkan aplikasi telefon mudah alih.

Aplikasi ini yang dinamakan NU Mobile telah dihasilkan berdasarkan applikasi mudah alih Vopee yang dibangunkan oleh XOX Media. Dari perkongsian ini, NU Mobile bakal membolehkan 94 juta pengguna Nahdlatul Ulama (NU) di seluruh Indonesia menikmati kemudahan “e-wallet” untuk para penggunanya.

Aplikasi ini tidak menggunakan kad SIM dengan kebolehan teknologi GSM. Nahdlatul Ulama (NU) adalah sebuah organisasi Islam yang terbesar di dunia, ditubuhkan sejak tahun 1926 di Indonesia.

NU Mobile akan memudahkan para ahlinya berhubung munggunakan platform yang sama, selagi mereka terhubung di atas talian. Aplikasi NU ini juga membenarkan para ahlinya menikmati pelbagai perkhidmatan seperti urusan komunikasi dengan badan kerajaan, pendidikan dan lain-lain lagi.

XOX Media berpeluang untuk meluaskan perkhidmatan ke serata Indonesia dengan penggunaan e-wallet melalui Voopee.  

XOX Media Sdn. Bhd. adalah anak syarikat XOX Berhad. Untuk sektor tempatan, XOX Berhad bakal meluncurkan perkhidmatan e-wallet di Malaysia pada suku pertama tahun 2018.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here