Ya, saya pernah jadi playboy, tapi itu dulu – Erwin Dawson

0
14

PELAKON kelahiran Singapura, Erwin Dawson mendedahkan dia pernah menjadi seorang playboy suatu ketika dahulu.

Bagaimana pun Erwin atau nama sebenarnya Mohamed Erwin Shah Evan Dawson, 28, berkata dia tidak mahu mengulangi kesilapan lalunya itu dan kini mahu mencari teman yang boleh menjalinkan hubungan serius dengannya.

“Saya mengaku pernah jadi playboy, tapi itu satu ketika dahulu semasa saya di Singapura sebelum saya bertapak d isini, kira-kira empat tahun lalu.

“Kini tidak lagi kerana saya sedang mencari teman yang mahu serius dalam hubungan.

“Bagaimanapun saya tidak mahu terburu-buru kerana saya baru sahaja putus cinta awal tahun ini.

“Jadi mungkin ambil masa untuk memulakan sesuatu hubungan,” katanya kepada Astro Gempak.

Meskipun mempunyai wajah yang kacak, Erwin yang berdarah kacukan Singapura – New Zeland itu mengaku bukan mudah untuk mendekati wanita yang digemarinya.

“Ramai yang cakap saya mudah untuk mencari teman kerana rupa yang ada pada saya.

“Tapi hakikatnya ramai tidak tahu setiap kali saya mula hendak mengenali seseorang itu, wanita tersebut mesti akan menjauhkan diri daripada saya.

“Saya pun tak tahu mengapa boleh jadi begitu,” katanya lagi.

Mengenai perkembangan lain, Erwin bakal muncul dalam sebuah filem terbaharu Dubai My Love bersama pelakon lain seperti Putri Najuwa danĀ  Nik Qistina pada Oktober ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here