Yatt bersyukur masih disayangi peminat

0
52


PELAKON, Yatt Hamzah. – Foto Saifullizan Tamadi

KUALA LUMPUR: Pelakon Yatt Hamzah, 37, meluahkan rasa syukur apabila namanya sentiasa menjadi perhatian masyarakat meskipun sudah hampir lima tahun berehat daripada dunia glamor.

Yatt berkata, perkara itu menunjukkan beliau masih disayangi ramai apabila setiap tindak-tanduknya tetap menjadi bualan.

“Sejak berhijab lima tahun lalu, saya mula memperlahankan kerja lakonan dan berehat seketika daripada aktiviti seni.

“Maklumlah, ketika itu saya masih lagi pada awal penghijrahan dan banyak perkara yang saya was-was dalam meneruskan kerjaya, selain perlu mendalami ilmu agama secara berperingkat.

“Ketika itu juga saya sudah bersedia andainya nama akan terkubur. Alhamdulillah, sehingga kini Yatt Hamzah masih diberi perhatian ramai, tidak kiralah dalam konteks positif atau negatif. Kiranya saya masih lagi disayangi, syukur,” katanya kepada BH Online.

Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah berkata demikian ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta projek raya Elle Zada 2017 yang berlangsung di Hotel Grand Mellinium, di sini.

Pada majlis itu, dua lagi selebriti, Adam Corrie Lee dan Heliza Helmi, turut diumumkan sebagai duta pakaian jenama terbabit.

Sementara itu, Yatt berkata perkara itu juga disifatkan sebagai satu bonus, lebih-lebih lagi dalam mempromosikan perniagaan dan misi kemanusiaan yang dijalankannya.

“Menjadi satu bonus buat mana-mana selebriti apabila mereka menjadi bualan ramai meskipun tidak lagi aktif dalam dunia seni. Lebih-lebih lagi pada zaman berteknologi ini, peminat boleh mengikuti perkembangan artis menerusi laman sosial masing-masing.

“Begitu juga dengan saya, peluang itu saya gunakan untuk mempromosikan perniagaan dan misi kemanusiaan yang saya sertai,” tuturnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here