Yingluck disahkan berada di Dubai

0
26

BANGKOK: Bekas Perdana Menteri Yingluck Shinawatra yang dijatuhi hukuman penjara lima tahun semalam kini berada di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), kata Perdana Menteri Jen Prayuth Chan-o-cha.

“Sejauh yang saya tahu, saya telah dimaklumkan secara tidak rasmi oleh Kementerian Luar yang beliau kini berada di Dubai,” katanya kepada media hari ini.

Abangnya Thaksin Shinawatra yang juga merupakan  bekas perdana menteri yang kini hidup dalam buangan dilapor mempunyai rumah di Dubai.

Prayut berkata perlu difailkan permohonan ekstradisi kerana suspek didapati tinggal di negara asing.

Beliau berkata Kementerian Luar dan pihak polis perlu menentukan tindakan mereka selanjutnya susulan hukuman ke atas Yingluck itu termasuk mendapat kerjasama dengan Interpol.

Sementara itu Timbalan Perdana Menteri Jen Prawit Wongsuwan berkata Negara Teluk itu telah memaklumkan bahawa Yingluck tidak akan dibenarkan melakukan pergerakan politik di negara itu.

“Saya tidak tahu,” kata Prawit bila ditanya sama ada beliau yakin Yingluck tidak akan menyertai pergerakan politik di Dubai.

Mahkamah Agung Thailand mendapati Yingluck bersalah kerana kecuaian dalam melaksanakan skim subsidi beras dan dijatuhi  hukuman penjara lima tahun, tanpa kahadirannya di mahkamah.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here