Yingluck sah berada di London – Menteri Luar Thailand

0
23
Advertisement

BANGKOK: Bekas Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra yang melarikan diri daripada hukuman penjara disahkan berada di Britain.

Menteri Luar Thailand Don Pramudwinai memaklumkan, Yingluck kini berada di London dan pihak berkuasa Thai sedang berhubung dengan rakan-rakan mereka di sana untuk cuba mencarinya.

“Kami tahu tentang ini sejak September lalu, Menteri Luar Britain memberitahu kami bahawa Yingluck sedang berada di London, England,” kata Don kepada pemberita.

“Kami telah berkomunikasi dengannya secara konsisten tetapi kami tidak menemuinya,” katanya lagi.

Beliau bagaimanapun enggan memberi komen secara khusus sama ada Thailand akan melaksanakan ekstradisi terhadap Yingluck ataupun tidak.

Kenyataan Don itu muncul selepas dua foto yang dikatakan sebagai Yingluck dikongsi di media sosial.

BACA: Lagi foto menunjukkan Yingluck di London

Pada September tahun lalu, Mahkamah Agung Thailand mendapati Yingluck bersalah kerana kecuaian dalam melaksanakan skim subsidi beras dan dijatuhi hukuman penjara lima tahun, tanpa kehadirannya di mahkamah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here