Yong Hwa mengaku dapat 'layanan istimewa'

0
14
Advertisement

KUALA LUMPUR : Penyanyi kumpulan K-Pop CNBlue, Jung Yong-hwa mengaku mendapat ‘layanan istimewa’ dari Universiti Kyung Hee, Korea Selatan.

Media tempatan sebelum ini melaporkan seorang selebriti diterima masuk ke pusat pengajian tersebut tanpa melalui prosedur yang ditetapkan.

Yong Hwa kemudiannya mengaku dengan dakwaan itu dan memohon maaf melalui laman sosial Instagram miliknya.

“Pertama sekali, saya ingin memohon maaf. Apa juga alasannya, kebenarannya, saya tahu itu salah saya dan saya memohon maaf.

“Pada keluarga, rakan-rakan dan peminat yang selalu percaya pada saya, saya malu dan benar-benar kesal kerana mengecewakan anda semua,” katanya.
Malah, pihak pengurusannya, FNC Entertainment turut mengeluarkan kenyataan berhubung pengakuan Yong Hwa seperti yang dipetik oleh laporan portal Soompi.

“Jika kami tahu terlebih dahulu tentang peraturan yang mana sesi temuduga perseorangan itu perlu diadakan di pekarangan universiti, kami pasti akan menetapkan jadual Yong Hwa untuk hadir sesi temuduga yang sebenar.

“Yong Hwa telah disiasat oleh pihak polis kerana melanggar peraturan universiti. Selepas kejadian in, Yong Hwa kini ‘cuti’ dari pihak universiti.

“Sebagai agensi pengurusannya, kami bertanggungjawab atas apa yang berlaku dan memohon maaf atas kontroversi ini,” katanya.

Susulan kejadian ini, Yong Hwa terpaksa membatalkan sesi sidang media sempena konsertnya ‘Room 622’ yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Memetik laporan Allkpop, kosert itu bakal berlansung pada 20-21 Januari di Olympic Hall.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here